Monday, July 16, 2012

Lisan P6

Gambar ini menunjukkan situasi di  dalam gelanggang bola keranjang. Ada ramai murid di sana.Di bahagian kanan gambar itu , ada tiga budak yang sedang bermain.Salah satu daripada mereka sedang menjaringkan gol.Dua murid itu pun cuba untuk menghalang bola  daripada memasuki ke dalam jaring.Pada pendapat saya,mereka harus berhenti sebentar untuk menolong sahabat mereka yang terjatuh di tengah gelanggang itu.

Di tengah gelanggang pula ada seorang murid lelaki yang berbaik hati menolong murid lelaki yang terjatuh itu.Pada pendapat saya , perbuatan murid itu betul kerana dia monolong murid lelaki yang jatuh tu malah kawan-kawannya yang sedang bermain bersama tidak menolongnya.

Di sebelah murid lelaki yang sedang menjaringkan gol pula ada seorang murid perumpuan yang sedang menonton perlawanan bola keranjang itu sambil menepuk tangannya.

Di belakang perumpuan itu , ada dua murid yang sedang duduk di kerusi.Salah satu daripada murid perumpuan itu sedang memakan coklat yang baru dibelinya.Pada pendapat saya , perbuatan murid perumpuan itu betul kerana dia membuang sampah di dalam tong sampah.Dengan cara begini , persekitaran kita akan sentiasa bersih.Disebelahnya pula,ada seorang murid yang sedang makan coklat juga tetapi dia membuang sampahnya ke lantai.Pada pendapat saya , dia seharusnya mengikut contoh yang dimain oleh murid perumpuan itu.Dengan cara begini pula , persekitaran kita akan kotor.

Di belakang dua murid itu , ada seorang pengawas sekolah yang sedang cuba untuk memberhentikan dua murid lelaki yang bermain di parkir.Pada pendapat saya , perbuatan pengawas itu betul kerana dia sedang cuba menolong murid murid itu daripada cedera.Pada dua murid itu pula , mereka tidak seharusnya bermain di sana kerana mereka boleh tercedera atau boleh dilanggar oleh kereta-kereta yang hendak lalu.Mereka seharusnya bermain di taman permainan dan mendengar nasihat yang diberi oleh pengawas sekolah itu.

Berdekatan dengan dua murid itu pula ada seorang budak lelaki yang sedang duduk sambil membaca buku.Pada pendapat saya , perbuatan murid itu betul kerana dia seorang lelaki yang sedang belajar.Kepada murid-murid lain seharusnya mengikuti contohnya.

Disebelah kanan gambar itu , ada seorang murid yang sedang menyokong perlawanan itu.Pada pendapat saya ,perbuatan nya salah kerana dia seharusnya belajar daripada membuang masa menyokong sekumpulan murid yang bermain bola keranjang itu.

No comments:

Post a Comment