Kamu mungkin mempunyai masalah peribadi yang kamu tidak dapat kongsi sama dengan ibu bapa kamu. Cuba ceritakan apakah masalah peribadi yang kamu hadapi itu. Kemudian, ceritakan kepada siapa kamu selalu meluahkan masalah kamu itu dan bagaimana caranya kamu menyelesaikannya.
Saya ada masalah mengenai selalu dipukul oleh murid-murid darjah 6.Saya berasa sungguh takut itulah saya tidak berani memberitahu ibu bapa saya.Saya hanya menceritakan masalah saya kepada orang yang saya percaya seperti kawan baik saya , Syakir.Selepas saya ceritakan hal ini kepada Syakir,dia menasihati saya supaya memberitahu ibu bapa saya tentang hal ini tetapi saya tidak setuju.Syakir mengatakan kepada saya supaya jangan takut untuk memberitahu ibu bapa saya kerana tidak akan berlaku apa-apa.Selepas Syakir mengatakan begitu,saya pun mendengar nasihatnya.Saya pulang ke rumah lalu menceritakan apa yang terjadi kepada saya.Ibu bapa saya segera ke sekolah saya.Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada pengetua sekolah.Pengetua sekolah tanya saya apakah nama mereka.Saya pun jawab.Keesokan hari ,murid-murid yang pukul saya ditahan oleh pengetua sekolah.Tiba-tiba bila sewaktu rehat ,murid-murid yang pukul saya itu meminta maaf kepada saya.Saya memberitahu mereka yang saya akan maafkan awak kalau awak tak pukul saya lagi.Dia berjanji tidak akan pukul saya lagi.Saya pun maafkan mereka.Bila saya pulang ke rumah,saya memberitahu ibu saya bahawa murid-murid yang pukul saya meminta maaf.Ibu saya pun berkata,bagus la begitu.Saya berasa sungguh lega apabila mereka meminta maaf dan tidak akan pukul saya lagi.Begitulah masalah saya yang saya tidak ceritakan kepada ibu saya .
Ibu bapa adalah orang yang patut tahu tentang perkara ini.
ReplyDelete