Kamu mungkin mempunyai masalah peribadi yang kamu tidak dapat kongsi sama dengan ibu bapa kamu. Cuba ceritakan apakah masalah peribadi yang kamu hadapi itu. Kemudian, ceritakan kepada siapa kamu selalu meluahkan masalah kamu itu dan bagaimana caranya kamu menyelesaikannya.
Saya ada masalah mengenai selalu dipukul oleh murid-murid darjah 6.Saya berasa sungguh takut itulah saya tidak berani memberitahu ibu bapa saya.Saya hanya menceritakan masalah saya kepada orang yang saya percaya seperti kawan baik saya , Syakir.Selepas saya ceritakan hal ini kepada Syakir,dia menasihati saya supaya memberitahu ibu bapa saya tentang hal ini tetapi saya tidak setuju.Syakir mengatakan kepada saya supaya jangan takut untuk memberitahu ibu bapa saya kerana tidak akan berlaku apa-apa.Selepas Syakir mengatakan begitu,saya pun mendengar nasihatnya.Saya pulang ke rumah lalu menceritakan apa yang terjadi kepada saya.Ibu bapa saya segera ke sekolah saya.Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada pengetua sekolah.Pengetua sekolah tanya saya apakah nama mereka.Saya pun jawab.Keesokan hari ,murid-murid yang pukul saya ditahan oleh pengetua sekolah.Tiba-tiba bila sewaktu rehat ,murid-murid yang pukul saya itu meminta maaf kepada saya.Saya memberitahu mereka yang saya akan maafkan awak kalau awak tak pukul saya lagi.Dia berjanji tidak akan pukul saya lagi.Saya pun maafkan mereka.Bila saya pulang ke rumah,saya memberitahu ibu saya bahawa murid-murid yang pukul saya meminta maaf.Ibu saya pun berkata,bagus la begitu.Saya berasa sungguh lega apabila mereka meminta maaf dan tidak akan pukul saya lagi.Begitulah masalah saya yang saya tidak ceritakan kepada ibu saya .
Sunday, April 17, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Bencana di Jepun
Jika kamu rakyat Jepun, bagaimanakah perasaan kamu apabila menghadapi bencana yang melanda? Sebagai rakyat Singapura, apakah bantuan yang dapat kamu berikan kepada mangsa-mangsa di Jepun?
Setelah kejadian yang ditimpa Jepun,saya berasa sungguh sedih dan kasihan kerana mereka tiada rumah untuk tinggal dan tiada benda untuk makan.Saya harap satu hari orang-orang Jepun akan mendapat rumah untuk tinggal dan benda untuk makan.Saya berasa sungguh kasihan dan saya akan menyuruh ibu dan bapa saya menderma beberapa wang untuk Jepun.Saya berharap Jepun akan berjaya seperti dahulu lagi.Saya juga berharap supaya Jepun tidak akan ditimpa bencana lagi dalam masa hadapan.
Setelah kejadian yang ditimpa Jepun,saya berasa sungguh sedih dan kasihan kerana mereka tiada rumah untuk tinggal dan tiada benda untuk makan.Saya harap satu hari orang-orang Jepun akan mendapat rumah untuk tinggal dan benda untuk makan.Saya berasa sungguh kasihan dan saya akan menyuruh ibu dan bapa saya menderma beberapa wang untuk Jepun.Saya berharap Jepun akan berjaya seperti dahulu lagi.Saya juga berharap supaya Jepun tidak akan ditimpa bencana lagi dalam masa hadapan.
Tuesday, February 8, 2011
Apakah Yang Saya Lakukan Untuk Mencapai Cita-Cita
Saya harus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.Saya memamg lemah dalam matematik tapi saya boleh belajar bersungguh-sungguh kerana saya ada cita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis.Saya kuat dalam bahasa Melayu,Sains dan juga Inggeris.Saya juga ada bakat dalam bola sepak dan badminton.Ibu saya selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya bila saya sudah besar saya boleh mencapai cita-cita saya.Sekarang tiba masa saya untuk saya belajar dengan tekun.Saya harap yang saya boleh mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang polis.
Sunday, January 30, 2011
Tentang Saya.
Nama saya adalah Muhammad Shahrudin.Saya berumur 11 tahun.Saya berminat bermain bola sepak dan badminton.
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)